Wednesday, February 16, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
FOOD PREPARED BY CHEF LINA
http://sajiancitarasakampung.blogspot.ca
Please come to visit us and taste the most delicious food this side of
GERAI NO:1
Jalan Bakti, Rapat Setia,
CARI BILIK – iBILIK.Com
Masakan Tradisional Melayu
Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.[2]
Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) dan orang Melayu jarang menggunakan perkakas.[3] Tidak dapat dipastikan bila tradisi masakan Melayu mula wujud, tetapi rekod terawal yang ada adalah dari abad ke-15 apabila Kesultanan Melaka menjadi pusat perdagangan penting di Kepulauan Melayu.[4] Warisan terpenting Melaka dalam tradisi masakan Melayu terhasil dari penglibatan aktifnya dalam perdagangan rempah serta keterbukaannya kepada bahan-bahan dan kaedah masakan yang diperkenalkan oleh orang luar seperti dari Arab,
Nasi lemak, sejenis nasi yang dimasak dalam santan pekat mungkin merupakan hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggaphidangan kebangsaan Malaysia[6]. Satu lagi contoh ialah Ketupat atau nasi himpit, nasi lekit termampat yang dimasak di dalam daun kelapa, terkenal dihidang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran diguna untuk menghasilkan Gulai atau Kari, sejenis hidangan kari dengan pelbagai campuran rempah yang memaparkan pengaruh